Tuesday 18 November 2014

Sains Makanan, Teknologi Makanan dan Pemprosesan Makanan

Assalamualaikum

Selamat datang ke blog saya. Sebagai permulaan, saya kongsikan definisi Sains Makanan, Teknologi Makanan dan Pemprosesan Makanan bagi melihat kaitan di antara ketiga-tiga bidang ini.

SAINS MAKANAN

- Sains yang diaplikasikan dalam mengkaji makanan. Sains Makanan merupakan disiplin di mana sains kejuruteraan, biologi, fizik digunakan untuk mengkaji sifat makanan, faktor penyebab kerosakan, prinsip-prinsip berkaitan pemprosesan makanan dan penambahbaikan makanan untuk kegunaan pengguna (Institute of Food Technologists). Pengaplikasian sains asas dan kejuruteraan untuk mengkaji sifat-sifat fizikal, kimia dan biokimia makanan dan prinsip-prinsip pemprosesan makanan.

TEKNOLOGI MAKANAN

- Teknologi makanan merupakan salah satu cabang sains makanan yang berkaitan dengan proses pengeluaran makanan.

PEMPROSESAN MAKANAN

- merupakan set cara-cara dan teknik yang digunakan untuk menukarkan bahan-bahan mentah kepada makanan atau menukarkan makanan kepada pemakanan lain bagi manusia atau haiwan sama ada untuk kegunaan rumah atau oleh industri makanan. Pemprosesan makanan khususnya mengambil produk tanaman dituai atau binatang yang disembelih dan menggunakan bahan-bahan ini untuk menghasilkan produk makanan yang menarik, boleh dipasarkan dan selalunya hayat simpanan yang lama.

Untuk maklumat lanjut KLIK DI SINI